TAWAU:Lebih seribu murid Sekolah Kebangsaan Kg.Titingan Tawau telah menerima Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100
yang telah diserahkan oleh YB Datuk Hj.Tawfiq Bin Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah N54 Apas Tawau Merangkap Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah bertempat di Dewan Serbaguna Sk.Kg.Titingan bermula jam 8.00 pagi.
Para ibubapa yang hadir merasa bersyukur dan gembira menerima bantuan tersebut dan mereka mengucapkan terima kasih kepada kerajaan serta mengharapkan bantuan tersebut diteruskan setiap tahun bagi meringankan beban keluarga berpendapatan rendah.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En.Hasan Bin Kadir Guru Besar Sk.Kg.Titingan serta penolong-penolong kanan dan guru-guru.
No comments:
Post a Comment