TAWAU:Seramai 40 orang murid Sk.Kg.Titingan dan 6 orang guru pengiring telah mengikuti Program Belajar Sambil Melawat di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu pada 29 Jun hingga 03 Julai 2012.
Pelajar yang terpilih dalam program ini adalah pelajar yang mempunyai potensi untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2012.
Diantara tujuan utama program ini ialah mengikuti klinik UPSR Fasa 2 anjuran Didik Berita Harian yang diadakan di Dewan Kuliah Utama UMS.Ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang teknik menjawab soalan yang betul dan terkini untuk mata pelajaran Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Sains dan Matematik.
Salain daripada mengikuti Klinik UPSR,murid-murid turut diberi peluang untuk melawat beberapa tempat di sekitar Kota Kinabalu seperti Akuarium Maritim UMS,Muzium Negeri Sabah,Lok Kawi Wildlife Park dan di beberapa kompleks membeli belah.Program ini dapat dijayakan dengan bantuan kewangan dari ibubapa murid yang terlibat,sumbangan ikhlas orang perseorangan dan pihak sekolah.

Semoga lawatan ini memberi semangat kepada anda semua.
ReplyDelete